Warga asing guna lesen niaga pasangan, negeri sedia gubal undang-undang

21 Nov 2024 • 11:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri sedia menggubal undang-undang pemberian lesen kepada penduduk tempatan khususnya yang berkahwin dengan warga asing bagi mengelakkan pemanipulasian permit niaga.

EXCO kerajaan tempatan berkata senario berkenaan diakui wujud malah sukar ditangani penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan memerlukan kerjasama semua agensi untuk menanganinya.

“Itu cinta olok-olok atau atau cinta cari peluang bagi gunakan perkahwinan untuk berniaga. Ini bukan cinta sejati. Memang wujud di lapangan di sana sini dan kadang-kadang sukar nak buat penguatkuasaan.

“Kita pergi ke premis dan lesen atas nama isteri yang merupakan warga tempatan tetapi di belakangnya warga asing. Keperluan untuk gubal sasar memang ada namun kena bincang semula,” kata Dato’ Ng Suee Lim pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan tambahan wakil rakyat Seri Serdang Abbas Adzmi, beliau berkata kemajuan ekonomi negara khususnya Selangor menjadikan negeri ini sebagai lubuk emas dalam kalangan warga asing.

“Mereka suka datang dan senang cari nafkah hidup. Jadi ini tarikan kepada mereka malah (ada) warga asing sudah lama dan serasi dengan warga tempatan.

“Setakat ini sebanyak 32 lesen perniagaan telah dibatalkan kerana menyewakan permit kepada warga asing,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved