Warga Asing Maut Bergaduh

2 Jul 2022 • 11:24 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan PDRM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing maut selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Jalan AU2A/14 Taman Keramat, Hulu Kelang, Ampang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 10.36 malam, berhubung satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah.

Menurut beliau, anggota polis yang ditugaskan ke lokasi menemui seorang lelaki, dipercayai warga asing terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Petugas kesihatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan butiran si mati masih lagi dalam siasatan,” katanya. 

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan di tempat kejadian dan motif pergaduhan belum dikenalpasti.

"Orang ramai yang mengetahui kejadian diminta tampil untuk memberi kerjasama dalam membantu siasatan kes ini," katanya. - Getaran, 2 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved