Baru-baru ini tular video operasi serbuan ke beberapa premis yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Melaka.
Menerusi video tersebut, beberapa premis didapati menyorok barang-barang bersubsidi seperti gula dan minyak.
Serbuan yang dilakukan oleh KPDN Melaka itu dipuji ramai kerana dapat membongkar kegiatan beberapa premis.
Seakan mencabar tugas pihak KPDN dan rakyat Malaysia, beberapa warga asing didapati sengaja menayangkan beberapa paket minyak masak paket dan gula.
Menganjing dgn viral tunjuk diaorang bebas beli subsidi rakyat Malaysia #fyp #trending #viraltiktok
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa paket minyak masak dan gula diletakkan di atas meja.
Sambil ketawa, salah seorang daripada mereka memegang paket minyak masak.
Dalam pada itu, netizen meminta pihak KPDN agar mengambil tindakan terhadap warga asing itu.
Menerusi beberapa komen, ada yang menyatakan sesetengah juruwang tidak dimaklumkan atau tidak mengetahui barangan bersubsidi tidak boleh dijual kepada warga asing.
Cashier tidak dimaklumkan oleh pihak atasan untuk tidak jual barang2 subsidi kepada PATI
Aku pernah tanya cashier nak cheras. Knp kau checkoutkan minyak masak bangla tu ? Dia tanya aku balik knp tak bolehh ?? Huhhhhh aku ckp tu brg subsidi mmg la tak boleh. Dia jawab owh tak tau
The post Warga asing menganjing sakan dapat beli barang bersubsidi, buat netizen bengang appeared first on The Reporter.




