
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang lelaki warga asing kerana menyimpan barang curi.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Sadam Mahmud selepas dia mengaku bersalah menyimpan barang curi yang terdiri daripada beg tangan, bekas, dompet dan gelang perak kepunyaan Tiong Yeong Sheng.
Sadam melakukan kesalahan itu pada 23 Feb jam 10 pagi di sebuah bilik sewa di sebuah rumah di Laya-Laya, Tuaran.
Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa barang-barang itu dicuri dari rumah pengadu di Manggatal yang dipecah masuk pada 17 Feb, tahun sama.
Menurut pihak pendakwaan, Sadam sebelum ini dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan imigresen, kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mahkamah memerintahkan Sadam dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
Dalam kes berasingan, dua lelaki didakwa melupuskan harta curi.
Julian Said, 37, dan Muhd Rafiq Saman, 34, mengaku tidak bersalah melupuskan peti besi curi kepunyaan Chong Chon Shung di tepi Jalan Tengah KKIP, pukul 5.40 petang, 13 Mac tahun ini.
Pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Stephanie menetapkan 15 Mei ini untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 beserta dua orang penjamin, masing-masing.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 30 tahun, yang secara tipu memasukkan RM300 ke dalam akaun banknya tahun lepas, didenda RM100 atau sehari penjara.
Devendren Aruldass dari Selangor mengaku bersalah memiliki wang kepunyaan Marfilineta Michael, yang mana dia gagal memberikan penjelasan memuaskan tentang bagaimana dia memperolehnya jam 2.07 petang pada 2 Sept.
Kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
