Warga ATM jangan leka! Elak kongsi kandungan tak wajar di media sosial -Khaled Nordin

LocalPolitics
29 Jun 2025 • 6:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar tidak memuat naik kandungan tak wajar di media sosial, terutama berkaitan aset keselamatan negara.

image is not available

Kandungan tak wajar boleh buka ruang kepada niat jahat

Memetik laporan daripada Bernama, beliau dengan tegas menyatakan tindakan sedemikian boleh mendedahkan kekuatan pertahanan negara kepada pihak luar yang mungkin mempunyai niat jahat.

“Mungkin seperti dalam keghairahan anggota untuk tunjukkan latihan ataupun alatan yang kita ada atau tunjukkan di mana alatan itu disimpan dan sebagainya.

“Jadi, mereka yang mungkin ada niat tidak baik untuk negara tahu di mana kekuatan kita,” katanya.

image is not available

YDPA nasihat warga ATM tak kongsi kandungan tak wajar

Difahamkan, teguran tersebut hadir susulan peringatan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menasihatkan agar anggota tentera tidak memuat naik sebarang maklumat berkaitan pasukan termasuk lokasi gerakan dan hal-hal sensitif yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

image is not available

Khaled yakin semua panglima ATM akan mengambil serius perkara ini dan menyampaikan arahan sewajarnya kepada anggota di bawah seliaan masing-masing.

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu merasmikan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Tawau 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, hari ini.

Sumber: Bernama