Warga Bangladesh maut dipanah petir di Raub semasa ziarah adik

9 Sep 2025 • 9:42 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

RAUB: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dipercayai akibat dipanah petir berhampiran sebuah tapak projek di Kuala Atok, Raub.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan pada jam 7.30 malam dan mangsa dikenali sebagai Md Shahangir, berusia 37 tahun.

Siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat di Kuala Lumpur datang menziarahi adiknya yang bekerja di tapak projek terbabit dan tinggal di rumah kongsi di situ.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa keluar mencari adiknya di kawasan berhampiran tapak projek dan pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan koyakan pada kaki seluar mangsa di sebelah kiri disyaki akibat panahan petir.

Lelaki itu dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Kuala Lipis sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raub pagi ini. – Bernama