Warga Emas 85 Tahun Dirogol, Bibir Dikelar Dengan Pisau

4 Sep 2023 • 4:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Warga emas diperkosa, alat sulit dan bibir cedera

Warga Emas 85 Tahun Dirogol, Bibir Dikelar Dengan Pisau. Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa memperkosa dan mencederakan warga emas, telah ditangkap pihak polis pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, dipercayai suspek telah menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa kira-kira pada jam 4 pagi. Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan setinggan di Shakurpur, Delhi, India.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: siakapkeli

Mangsa sedang tidur, kemudian diperkosa, malah bibir cedera

Difahamkan mangsa yang sedang tidur ketika itu kemudian dirogol, ditumbuk malah bibirnya dikelar dengan pisau oleh lelaki terbabit.

Susulan kejadian yang jijik itu, warga emas yang berusia 85 tahun itu turut mengalami kecederaan kritikal pada bahagian alat sulit serta di mukanya.

Suspek berusia 28 tahun disiasat

Ekoran itu, pihak polis menyatakan bahawa suspek yang berusia 28 tahun itu sedang disoal siasat mengenai tindakan keji tersebut.

Dalam masa yang sama, insiden tersebut juga mendapat perhatian daripada Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi (DWC), Swati Maliwal yang menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan tegas berhubung kejadian itu.

Gambar hiasan. Sumber: google

Bukan itu sahaja, Swati turut meminta pihak polis mengenai butiran kes dan salinan laporan maklumat awal selewat-lewatnya pada esok hari, 5 Spetember.

“Sama ada bayi berusia 8 bulan atau wanita berusia 85 tahun, mereka semua adalah mangsa kebiadaban,” katanya menerusi sumber.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article