Warga emas baca ayat al-Quran dalam kancil uzur buat ramai tersentuh – “Orang kaya sebenar..”

LocalOpinion
6 Feb 2025 • 10:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di media sosial memaparkan seorang warga emas membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam kereta kancil telah mengundang perhatian warganet.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @apizk di laman TikToknya, warga emas tersebut yang dipercayai sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau mengambil kesempatan meluangkan masanya dengan aktiviti berfaedah.

Warga emas baca ayat al-Quran

Momen itu telah dirakam oleh pemandu lain yang pada ketika itu turut berada di lokasi yang sama.

Malah, ada seorang individu akui mengenali warga emas tersebut menjelaskan membaca ayat-ayat al-Quran di dalam kereta adalah rutin hariannya sejak dulu lagi.

Warga emas baca ayat al-Quran

image is not available

“Pakcik ni lah yang setiap pagi hantar saya ke tempat kerja saya mengajar dulu, masih guna kereta yang sama dan inilah rutinnya sambil menunggu saya.

“Semoga Allah merahmati pakcik ni,” ujar seorang wanita yang dikenali sebagai Nurdeeny.

image is not available

image is not available

Netizen tersentuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan meluahkan rasa malu apabila melihat warga emas tersebut yang rajin melakukan ibadah tanpa mengira masa dan lokasi.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai anak muda mahu jadikan warga emas tersebut sebagai contoh terbaik dan mendoakan agar segala urusannya dalam mencari rezeki dipermudahkan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @apizk