Warga Emas Boleh Membuat Janji Temu Vaksin Influenza Melalui MySejahtera Bermula 14 Februari 2025

TechnologyDigital
10 Feb 2025 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menawarkan suntikan influenza kepada warga emas, sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) mulai 18 Februari 2025.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Vaksin

Menurut Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, suntikan ini terbuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di Lokasi klinik yang terpilih. Tempahan janji temu bagi mendapatkan suntikan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera yang akan dibuka mulai 14 Februari 2025.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – Aplikasi MySejahtera

Beliau menggalakkan agar suntikan itu diambil bagi kesejahteraan khususnya warga emas. Selain itu menggalakkan mana-mana sektor swasta atau kerajaan negeri yang ingin bekerjasama bagi melaksanakan program suntikan influenza ini. Beliau juga menganggarkan program ini melibatkan seramai 170,000 penerima di seluruh negara.