
TAWAU: Seorang lelaki warga emas, 78, cedera dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Lorong Hassan Rajiki, Tanjung Batu Laut pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan awal.
Menurutnya, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa terbakar sepenuhnya.
Terdahulu, katanya, sepasukan 16 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bersama empat jentera selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.11 petang.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 50 kaki persegi dan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.
“Pasukan menggunakan dua aliran 200 kaki dan empat pancutan daripada sumber air jentera bomba, tangki air dan pili bomba berdekatan,” katanya lagi.
Jemishin berkata, selepas memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.57 petang.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

