Warga Emas Cedera Dipukul Anak Dengan Kerusi Selepas Dituduh Curi Wang

25 May 2024 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Cedera Dipukul Anak Dengan Kerusi Selepas Dituduh Curi Wang

Seorang lelaki warga emas cedera selepas terkena hayunan kerusi ketika bertengkar dengan anaknya dalam kejadian di Jalan Kuala Rui pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 35 tahun terlebih dahulu menuduh mangsa mengambil wang miliknya berjumlah RM1,500.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 74 tahun itu sedang berbual dengan anak saudaranya di kawasan luar rumah ketika kejadian.

Warga emas cedera, dipukul dengan kerusia oleh anak selepas dituduh curi wang

“Ketika berlaku pergaduhan, suspek telah mencederakan mangsa menggunakan sebuah kerusi plastik.

“Akibat daripada pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Tambahnya, mangsa telah menerima empat jahitan di Unit Kecemasan Hospital Gerik susulan kejadian itu.

Suspek berjaya ditahan, disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Sinar Harian melaporkan, suspek berjaya ditahan oleh polis dan direman selama empat hari. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujar Yusri lagi.

Sumber: Sinar Harian