Warga emas cedera diserang gajah ketika mahu ke surau

LocalEnvironment
28 Jul 2025 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang warga emas cedera di telinga selepas diserang seekor gajah liar ketika dalam perjalanan ke surau di Kampung Wak Salam, Mersing. Gambar hiasan

MERSING - Seorang lelaki warga emas cedera pada bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam di sini pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang berusia 64 tahun itu mahu ke surau untuk menunaikan solat Subuh, sebelum diserang oleh haiwan liar berkenaan sehingga terjatuh.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana cedera di telinga. Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian berkenaan. - Bernama