Warga emas cedera kereta dipandu terbabas, rempuh kedai makan

2 Jun 2025 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ALOR GAJAH, 2 JUN: Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa Md Nor Md Shah, 80, mengalami bengkak di kepala akibat kemalangan itu, manakala sebahagian anjung kedai makan yang terletak di bahu jalan itu pula runtuh dalam kejadian pada 2.55 petang.

“Hasil siasatan mendapati warga emas itu dalam perjalanan dari Pulau Sebang ke Taman Melaka Perdana, sebelum kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

“Bagaimanapun tiada pelanggan berada di kedai makan itu ketika kejadian berlaku dan mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved