Warga emas, cucu umur 19 bulan ditemui lemas dalam kolam terbiar

12 Sep 2023 • 1:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SUNGAI PETANI, 12 SEPT: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun dan cucu lelakinya berusia berusia setahun tujuh bulan, ditemukan lemas di dalam sebuah kolam terbiar, berhampiran sebuah restoran di Taman Kempas dekat sini, kira-kira pukul 7.20 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Azmi Abdullah dan cucunya Muhammad Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu, bergerak ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat kedua-dua mangsa yang terapung di dalam kolam tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Matang Berangan, Pinang Tunggal dekat sini, dikeluarkan dari kolam sedalam satu meter, dengan bantuan orang awam.

“Maklumat awal daripada bapa kanak-kanak terbabit, warga emas itu sering mengambil anaknya dan membawanya berjalan-jalan setiap petang…namun sehingga pukul 7 malam tadi, kedua-dua mereka tidak pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata bapa kanak-kanak itu keluar mencari dan sewaktu melalui kawasan kolam itu, dia melihat orang ramai berkumpul sebelum menemukan mayat kedua-dua mangsa yang sudah terapung di dalam kolam tersebut.

“Pemeriksaan terhadap mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk bedah siasat,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved