Warga emas dakwa kad pengenalan dirampas warga Indonesia

10 Apr 2023 • 9:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Wanita warga emas yang mendakwa kad pengenalannya dirampas selepas cuba menukar alamatnya agar dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -15 bukan warga negara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan siasatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati warga emas itu berasal dari Indonesia.

"Dalam kes di Sarawak itu, memang MyKad ditarik balik.

"Ini setelah dokumen sijil kelahiran anak-anakmya itu menunjukkan warganegara ibu adalah warga Indonesia.

“Siasatan oleh panel siasatan juga mengesahkan begitu," katanya dalam program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Sebelum itu, Saifuddin diminta mengulas dakwaan wanita tersebut bahawa pihak JPN telah merampas MyKad sehingga tidak dapat mendapat rawatan untuk sakit kanser.

Sebelum ini, media melaporkan Lina Samuel hidup tanpa MyKad dan ia menjadikan kehidupannya sukar kerana temu janjinya dengan doktor terpaksa dibatalkan.

Menurutnya, dia membuat permohonan menukar alamat selepas JPN Lawas merampas MyKad miliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved