Warga emas dilapor hilang selepas keluar rumah

22 Dec 2024 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas hilang sejak Jumaat selepas keluar dari rumahnya di Kampung Keguraan di sini.

Rajim Kemad, 81, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak kembali sehingga Sabtu.

AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.51 petang.

“Pengadu memaklumkan pasukan bomba bahawa mangsa keluar rumah kira-kira jam 8 pagi semalam (Jumaat) tanpa memaklumkan ahli keluarga.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak satu kilometer dari lokasi rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Menurutnya, sehingga kini, lelaki itu belum ditemui dan operasi pencarian masih giat dijalankan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Operasi SAR dijalankan seramai tujuh anggota dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.