Warga Emas Dirempuh Ketika Berteduh Di Bawah Jejambat

25 Mar 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki warga emas yang berteduh di lorong kecemasan di bawah jejambat terpelanting gara-gara dirempuh sebuah kenderaan.

Kejadian berlaku Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini, semalam.

image is not available

Warga emas malang itu dipercayai berteduh di bawah jejambat kerana hujan hebat. Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.

Menurutnya, penunggang motosikal berusia 76 tahun itu cedera parah kerana dirempuh kuat.

“Pemandu kenderaan berusia 40 tahun juga sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, klip video itu menunjukkan lelaki malang berkenaan yang pada mulanya berdiri di bawah jejambat itu dilihat baru sahaja mahu menaiki motosikal untuk beredar dari lokasi kemalangan.

Namun malangnya, dia dirempuh sebuah kereta putih dari arah belakang. Kereta putih itu dilihat dipandu laju sehingga menyebabkan warga emas itu terpelanting.