Warga emas ditahan, disyaki cabul remaja perempuan

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 9:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang lelaki berumur 62 tahun ditangkap selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di kuarters sebuah ladang, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi pada 10 Jun itu, mangsa berusia 14 tahun berada di belakang rumahnya sebelum pengsan.

Apabila mangsa sedar semula, dia mendapati suspek berada di atas badannya sebelum melarikan diri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Jimmy Panyau berkata ibu saudara mangsa membuat laporan polis yang disusuli siasatan dan tangkapan suspek tersebut.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” tambahnya.