Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

30 May 2023 • 11:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PORT DICKSON: Seorang lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.

“Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta. Akibat kejadian itu, anjing tersebut telah mati,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan. -Bernama