Warga emas ditahan polis acu pistol mainan di lebuh raya

LocalPolitics
12 Jan 2026 • 8:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Polis tahan lelaki 60 tahun selepas video tular tunjuk dia acu objek seperti pistol di lebuh raya, kes disiasat bawah Akta Senjata Api

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki mengacukan objek menyerupai pistol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

Kejadian pada 4.13 petang itu dikesan menerusi video 34 saat yang tular di media sosial memaparkan pemandu sebuah SUV membuka tingkap dan mengacukan objek tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chan Hook berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan pada pukul 7 malam.

“Beliau mengakui yang dia merupakan individu sama memandu dan mengacukan objek pistol mainan seperti di dalam video tersebut,” katanya.

Suspek mendakwa kejadian berlaku selepas sebuah kenderaan memotong keretanya tanpa memberi isyarat.

Pemandu kenderaan lain itu yang juga seorang lelaki kemudian membuka cermin dan marah.

Suspek turut menurunkan cermin keretanya serta menunjukkan objek penyerupai pistol itu.

Semakan polis mendapati lelaki yang ditahan itu tidak bekerja dan mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Polis turut merampas dua pucuk pistol mainan serta sebuah kenderaan SUV milik suspek.

Permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.