Warga Emas Ditemukan Maut Dengan Tikaman Di Belakang Badan, Kaki

4 Jan 2024 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Ditemukan Maut Dengan Tikaman Di Belakang Badan, Kaki

Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi pihaknya telah menerima maklumat pertama mengenai seorang lelaki dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 74 tahun, tidak bekerja dijumpai mati dengan kesan kecederaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Susulan itu, Arifai berkata polis telah menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 18 tahun dipercayai suspek kejadian untuk siasatan lanjut.

“Salah seorang suspek ditahan 5 petang tadi di kawasan kejadian manakala seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Arifai berkata mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian itu tersebut tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu pejabat Polis Daerah Seremban, ASP Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373.