Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir

17 May 2024 • 3:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

IPOH, 17 MEI: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 80 tahun itu ditemukan di atas katil di rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan.

“Mangsa yang tinggal seorang diri meninggal dunia bukan disebabkan lemas dan jiran mangsa yang memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima maklumat pada 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dengan bantuan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dalam kenyataan berkata mangsa meninggal dunia disebabkan sakit tua.

“Kematian mangsa tidak berkaitan dengan sebarang unsur jenayah mahupun disebabkan banjir,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved