Warga emas hilang di kawasan hutan di Sipitang

3 Oct 2022 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Seorang warga emas lelaki, Asmad Bulat, 81, dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Sungai Bubus Hulu Sipitang di sini, sejak Jumaat lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Calvin Joe Jaefery, berkata pasukan Bomba menerima panggilan berhubung perkara itu sekitar jam 9.30 pagi Sabtu lalu dan menghantar sepasukan anggota untuk misi mencari dan menyelamat (carilamat) yang yang turut membabitkan Polis dan Rela.

“Pasukan carilamat itu juga turut dibantu Unit K9 dari Kota Kinabalu,” katanya.

Menurut keluarga mangsa, warga emas itu dipercayai memasuki hutan pada 6.30 pagi Jumaat lepas dan belum pulang sehingga berita ini ditulis pada Ahad.

Pasukan penyelamat dibahagikan beberapa kumpulan dan turut dibantu penduduk kampung untuk mencari di seluruh kawasan termasuk sungai-sungai berdekatan, namun usaha mencarinya masih gagal.

“Setelah gagal menemui mangsa melebihi 24 jam, keluarganya membuat laporan polis,” katanya sebelum menambah warga emas itu dipercayai pergi melawat kebunnya.

Sesiapa yang menemui warga emas itu diminta memaklumkan kepada pasukan Polis atau Bomba atau kepada waris warga emas itu di nombor 01119549775 (anak).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.