Warga emas hilang ketika seberang sungai

20 Nov 2022 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang warga emas berusia 80-an hilang ketika menyeberangi Sungai Kampung Dewata menuju ke sebuah ladang kelapa sawit, pada Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.43 petang melalui MERS 999.

Sepasukan anggota Bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 30 kilometer.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dan operasi dijalankan di sepanjang sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 6.20 petang dan akan diteruskan esok (Ahad),” kata mereka, menambah maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.