Warga emas hilang rupanya rentung dalam kebakaran

LocalEnvironment
6 Nov 2024 • 5:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa ditemukan pasukan bomba selepas ahli keluarga memaklumkan mangsa tidak bersama mereka selepas kebakaran berlaku.

image is not available
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

TAWAU - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumah setinggan yang didiaminya terbakar dalam kejadian di Kampung Air, Lorong Cempaka Batu 4, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Salleh Alih, 60, dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebelum ditemukan rentung di bahagian dapur belakang rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.14 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Tawau.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal di kawasan atas air dan operasi memadamkan api segera dilakukan menggunakan sumber air terbuka.

"Pemeriksaan awal, tiada mangsa ditemui dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan pada jam 8.07 pagi. Bagaimanapun, pihak bomba menerima maklumat daripada ahli keluarga bahawa mangsa tidak berada di lokasi pada tengah hari," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya lagi, pasukan bomba ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui mayat yang telah rentung pada jam 2.04 petang.

"Mayat mangsa yang ditemui kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved