Warga Emas ‘Hilang’ Wang Simpanan RM129,800 Ditipu Polis Palsu

27 May 2023 • 8:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pesara kerajaan berputih mata selepas kerugian RM129,800 akibat terperdaya sindiket ‘Phone Scam’ yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku selepas wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan bahawa dia terbabit dengan sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap.

“Mangsa kemudian diarah membuat tiga transaksi ke tiga akaun bank berbeza bagi tujuan siasatan.

“Selepas berbuat demikian, mangsa curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang ke akaun berlainan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Lebih menyedihkan, Yahaya memaklumkan, wang dibayar mangsa kepada suspek adalah simpanannya sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan, segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya diminta memberikan apa-apa maklumat perbankan, jangan dedahkan maklumat itu.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya kerap membuat semakan atas kemasukan atau pengeluaran wang mencurigakan dalam akaun sendiri, supaya tidak menjadi suspek keldai akaun,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved