Warga Emas Jadi Korban Pertama Banjir Di Terengganu

LocalEnvironment
28 Nov 2024 • 3:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Warga emas yang ditemukan meninggal dunia akibat lemas menjadi korban pertama mangsa banjir di Terengganu di Kampung Amer, Besut Terengganu hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga orang rakannya.

image is not available

Foto: Astro Awani

Difahamkan, ketika melakukan aktiviti mengangkat pukat di kawasan berkenaan, mangsa dilaporkan hilang sebelum rakan-rakannya berusaha menyelamatkannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sejurus menerima panggilan kira-kira jam 9.08 pagi, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

image is not available

Foto: Bomba Direktori

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui kira-kira jam 10.10 pagi sekitar jarak lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.

“Hasil pencarian selama kira-kira satu jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa di dasar,” katanya.

Beliau berkata lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani (Nur Fazlizai Ali)