Warga emas kayuh basikal lebih 200km cari rezeki

17 Mar 2023 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mat Zin menyara hidup dengan mengambil upah membersihkan kawasan.

KOTA BHARU - Perit perjalanan hidup seorang lelaki warga emas untuk mencari sesuap nasi hingga sanggup mengayuh basikalnya lebih 200 kilometer ke Terengganu bagi mendapatkan upah mencuci kawasan.

Mat Zin Mahamud, 70, berkata, dia tidak mempunyai anak kerana tidak pernah berkahwin dan hidup bersendirian di rumah pusaka di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa di sini.

“Saya dalam perjalanan nak ke Paka, Terengganu. Ada kawan di sana nak bagi saya kerja.

“Saya diberi upah RM20 hingga RM30 setiap kali melakukan kerja-kerja mencuci kawasan seperti di lokasi perumahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurut lelaki itu, empat adik-beradiknya sudah lama meninggal dunia akibat pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kata Mat Zin, selain mengambil upah untuk membolehkannya membeli makanan, dia juga mendapat ihsan daripada jiran-jiran yang memberikan makanan dan minuman kepadanya.

“Basikal ini saya beli untuk pergi buat kerja bersihkan kawasan.

“Saya tiada siapa-siapa di dunia ini. Ibu bapa saya sudah lama meninggal dunia, tetapi bapa tinggalkan rumah yang boleh saya duduki,” ujarnya sebak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved