
TAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan berusia 70an untuk membawa lapan individu, termasuk dua kanak-kanak disyaki pendatang tanpa izin (PTI), dari Sipitang ke Tawau, gagal apabila ditahan dalam Road Check Point (RCP) Pos Kalabakan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mereka ditahan dalam operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota pasukan dari Kompeni C, Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau sekitar jam 11.15 pagi.
Advertisement“Pasukan itu terserempak dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan pemeriksaan mengejut di Jalan Batu 2, Kampung Murut, Kalabakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan tersebut merupakan warga tempatan, namun lapan penumpangnya berusia antara dua hingga 50 tahun, gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Menurutnya, siasatan awal mendapati, kesemua penumpang tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM150 untuk setiap dewasa, bagi tujuan destinasi ke Tawau dari Sipitang.
Jasmin berkata, kesemua individu berkenaan ditahan dan kenderaan turut dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengulas lanjut, beliau berkata, kes itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi mengekang aktiviti penyeludupan manusia dan PTI di negara ini.
Katanya, tangkapan tersebut menunjukkan komitmen pihak polis, terutamanya PGA dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di kawasan sempadan yang sering menjadi laluan utama penyeludupan Pati.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk terus memberi kerjasama dalam memerangi jenayah penyeludupan manusia dan PTI, serta melaporkan sebarang maklumat yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.
