Warga emas maut digilis lori di Jambatan Pulau Pinang

12 Aug 2025 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 4.8 Jambatan Pulau Pinang arah Perai pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang itu melibatkan mangsa berusia 65 tahun yang menunggang motosikal dari George Town menuju ke Butterworth.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan kenderaan lain sebelum terjatuh lalu digilis kenderaan berat.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3235820]**

Helmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman dashcam untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saravanan A/L Sathival di talian 016-4525105 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Polis mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved