Warga emas maut dipijak gajah ‘naik minyak’

24 Sep 2022 • 1:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang warga emas maut dipercayai dipijak seekor gajah liar yang ‘naik minyak’ di kawasan Dumpas, Jalan Merotai - Kalabakan sekitar jam 7.30 pagi, pada Jumaat.

Wanita itu yang dikenali sebagai Samsiah Arshad, 67, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Suaminya, bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri.

Wanita itu dan suaminya sedang dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Ladang Kelapa Sawit Cenderamata di Dumpas, dari Kg Hidayat Batu 4.

Pasangan suami isteri warga emas itu menunggang motosikal sebelum diserang gajah liar ketika tiba di lokasi kejadian.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kes itu dan mengesahkan gajah tersebut bukan gajah betina bunting yang dilaporkan sesat di pekan Merotai baru-baru ini.

Menurutnya, gajah yang menyerang wanita itu tidak memakai kolar, manakala gajah betina yang sesat di pekan Merotai itu sudah dihalau ke habitatnya.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata polis menerima laporan awal kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.