
KUNAK: Seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60-an maut selepas diserang sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan Terminal Bas Ekspres, di Pekan Kunak Sabtu lepas.
Dalam kejadian 1.49 pagi itu, mangsa dipercayai diserang sekumpulan anjing liar berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran tempat duduk menunggu bas di terminal berkenaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengesahkan kejadian berkenaan, Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Sabarudin Rahmat berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 6.30 pagi hari yang sama, mengenai penemuan mayat wanita di kawasan terminal bas tersebut.
"Siasatan awal oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (IPD) Kunak mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring. Terdapat kesan luka dipercayai kesan gigitan anjing liar di bahagian tangan kiri, kepala, dada kanan, kedua-dua bahagian pinggang dan kedua-dua kaki mangsa", katanya kepada media pada Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sabarudin berkata beberapa barang kepunyaan mangsa didapati berselerak di sekitar lokasi kejadian, sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.




