
TAWAU: Mayat seorang lelaki warga emas dengan kesan tetakan di kepala, dipercayai mati dibunuh dalam pergaduhan, ditemui di sebuah rumah kebun di Jalan Sing Ho Merotai Besar, pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mayat warga tempatan berusia 66 tahun itu ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kiri dan kanan kepala, disyaki akibat ditetak dengan parang.
AdvertisementMenurutnya, polis kemudiannya menangkap suspek warga asing, 33, dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Suspek merupakan warganegara asing tanpa dokumen pengenalan diri dan bekerja sebagai buruh ladang di sebuah kebun di Merotai Besar,” katanya dalam kenyataan, Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis di Balai Polis Bombalai pada jam 2.44 petang daripada seorang pemanggil lelaki, mengatakan pada jam 1.45 petang, berlaku pergaduhan di sebuah rumah kebun di Merotai Besar membabitkan parang.
Jasmin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai menuju ke lokasi kejadian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Apabila sampai di lokasi, polis memaklumkan penemuan mayat lelaki itu dengan kesan tetakan dalam sebuah rumah kebun di kawasan tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai akibat salah faham antara mangsa dan suspek. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di Malaysia.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, suspek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut.




