Warga emas maut kaki kanan putus

7 Jun 2024 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos, Azmie Lim

Seorang warga emas lelaki, 70, yang membonceng motosikal ditunggang rakannya, 40, maut apabila putus kaki kanan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM 27 Jalan Tawau - Semporna sekitar jam 3.55 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah, manakala rakannya pula mengalami kecederaan di kepala.

Menurutnya, pemandu kereta Perodua Alza, 45, dan seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

Terdahulu, beliau berkata, polis menerima makluman kejadian itu pada jam 4.07 petang.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Siasatan polis trafik di lokasi mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Alza bersama penumpangnya sedang menghala ke bandar Tawau dari Lapangan Terbang Tawau.

“Penunggang motosikal bersama pemboncengnya pula dari arah Inderasabah menuju ke Kg Blok 31, Jalan Apas.

“Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai tiba-tiba mengubah haluan ke lorong kanan lalu masuk ke laluan kereta tersebut,” katanya.

Jasmin berkata, memandangkan jarak terlalu dekat, pemandu Alza itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang tayar sebelah kiri motosikal.

“Selepas perlanggaran, MPV terpusing dan terbabas ke bahu kiri jalan, manakala motosikal itu turut terseret bersama,” katanya.

Akibatnya, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian depan kiri dan motosikal mangsa pula rosak di bahagian belakang dan sisi sebelah kanan pecah.

Jasmin berkata, polis masih meneruskan siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, di LAHAD DATU, seorang lelaki berumur 47 tahun cedera apabila dia hilang kawalan kenderaan pacuan empat rodanya (4WD) sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik di KM17 di sepanjang Jalan Lahad Datu-Tawau, di sini pada malam Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian pada pukul 11.02 malam melalui MERS999.

Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bomba dan kenderaan EMRS.

Sejurus tiba, pasukan mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah 4WD yang terbabas ke bahu jalan dan pemandunya telah pun keluar dari kenderaan itu sebelum pasukan tiba.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat pada jam 11.45 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.