Warga emas maut kemalangan dua kereta di Gua Musang

LocalCars
30 Sep 2024 • 11:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Proton Preve yang dinaiki Selamah terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Axia. Foto Ihsan PDRM.

image is not available
Choon Foo. Foto Ihsan PDRM.

image is not available
Perodua Axia yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang. Foto Ihsan PDRM.

GUA MUSANG - Seorang warga emas wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini, pada Isnin.

Mangsa penumpang belakang kereta jenis Proton Preve, Selamah Ahmad, 76, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang pada jam 3 petang.

Mangsa-mangsa lain termasuk dua pemandu kereta berusia antara lima hingga 71 tahun mengalami kecederaan ringan.

**media[2828863]**

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila penjaga ladang lelaki berusia 51 tahun memandu Proton Preve dari arah Lojing ke Gua Musang.

“Tiba di tempat kejadian, kereta terbabit terbabas ke kiri jalan dan berpusing memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki sekeluarga yang berada di laluan bertentangan tersebut.

**media[2828865]**

“Akibat pertembungan itu, kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Menurut beliau, pihak polis seterusnya menerima makluman daripada Hospital Gua Musang berhubung salah seorang mangsa ialah Selamah meninggal dunia ketika mendapat rawatan.

“Mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Siasatan polis diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.