Warga emas maut motosikal hilang kawalan

13 Jun 2025 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal mangsa di lokasi kemalangan. Foto IPD Pontian

PONTIAN – Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 1.8 Jalan Tampok – Parit Betak, Benut, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan berkenaan pada jam 3.10 pagi daripada orang awam.

“Hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 2.40 pagi ketika warga emas berusia 66 tahun itu dalam perjalanan dari arah Benut menghala ke Tampok.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal terbabit hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke bahu kanan jalan.

“Akibatnya, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika sabit kesalahan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved