Warga emas maut nahas dua kenderaan

25 Mar 2025 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengangkat mangsa yang terhumban ke dalam parit berhampiran. - foto BBP Muar

image is not available
Motosikal mangsa yang terlibat kemalangan. - foto BBP Muar

image is not available
Kereta yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - foto BBP Muar

MUAR - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Parit Bakar, di sini pada Selasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan 2 Mohamad Syafiq Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 6.13 pagi.

Katanya, sebaik menerima laporan berkenaan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan, Perawatan, Penyelamatan, Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi.

**media[3060217]**

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal Honda Wave dengan kereta Perodua Axia.

"Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal, Saim Mok, 68, tercampak ke dalam parit sedalam satu meter akibat perlanggaran tersebut.

"Pasukan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Pemandu Perodua Axia pula dilaporkan tidak berada di lokasi ketika operasi menyelamat dijalankan.

**media[3060218]**

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.