Warga emas maut nahas dua kenderaan

21 Apr 2025 • 7:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta Nissan Serena yang dipandu mangsa. Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat mengenai nahas tersebut pada jam 2.45 petang.

“Siasatan awal mendapati nahas tersebut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dipandu mangsa, lelaki tempatan berusia 68 tahun dengan sebuah lori jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu warga emas ini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dalam masa sama, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan namun ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya selama lima tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved