
Seorang lelaki warga Filipina berusia 65 tahun melecur pada bahagian leher dan lengan kanan dalam kebakaran rumah di Kampung Perpaduan Saab, dekat sini, malam Khamis.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, PBK I Gabuh Maradan, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu memusnahkan dua rumah jenis tidak kekal.
Katanya, tujuh anggota bomba diketuai PBK II Jasli Jasni bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 malam.
“Seorang mangsa mengalami cedera ringan melecur dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya.
Menurutnya, operasi dikawal pada jam 9.42 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.58 malam selepas memastikan tiada lagi ancaman bahaya.
