Warga Emas Menangis, Terharu Dapat Jumpa Tengku Hassanal Buat Ramai Sebak

7 Mar 2024 • 11:56 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas memeluk erat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sambil menangis telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, difahamkan baginda beramah mesra dengan penduduk kampung ketika Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang berlangsung empat hari bermula Ahad lalu.

@chietah__

masyaAllah #tengkuhassanal #ekspedisimahkota #pahangborneo #masukberanda terima kasih YB @Fadzli Kamal untuk live sepanjang ekspedisi

♬ suara asli – fredd – fredd

Bagaimanapun, pertemuan antara Tengku Hassanal bersama seorang warga emas telah meruntun jiwa netizen apabila lelaki dalam linkungan usia 70 an itu menangis teresak-esak memeluk putera kedua Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Warga emas menangis

Ada segelintir individu berpendapat warga emas itu bertindak sedemikian kerana teruja dapat berjumpa Tengku Hassanal dengan lebih dekat.

image is not available

image is not available

Netizen sebak!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kemesraan Tengku Hassanal melayani rakyat dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bahagi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga Tengku Hassanal dilindungi Allah selalu

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Tengku Hassanal sentiasa dalam lindungan Allah selalu dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @mashitah