Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Tandas

21 Feb 2025 • 12:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar JBPM Perak

IPOH - Seorang lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Trong yang tiba di lokasi kejadian membantu menyelamat warga emas itu dengan menggunakan alat pemotong bolt cutter dan pengumpil crowbar bagi membuka pintu.

"Apabila pintu tandas berjaya dibuka, warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat sepenuhnya pada 8.45 раgi. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved