Warga Emas Meninggal Dunia, Dipercayai Disengat Tebuan

4 Nov 2024 • 7:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Meninggal Dunia, Dipercayai Disengat Tebuan

Seorang suri rumah dilapor maut dipercayai terkena sengatan tebuan dalam kejadian di Taman Semarak, kira-kira jam 8 malam pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rohani Mohd Shariff, 61, telah disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Ujar beliau, kejadian terbabit disedari anak lelaki mangsa apabila mendapati ibunya sedang menanggung kesakitan ketika tiba di rumah.

“Semasa anak lelaki mangsa pulang ke rumah mendapati ibunya sedang kesakitan dan dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan,” jelas Wan Azharudin seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan

Tambahnya lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya

Menurut Sinar Harian, mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan semasa berada di rumah.

Wan Azharudin memaklumkan bahawa tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

Sumber: Sinar Harian