Warga emas OKU lemas selepas terjatuh dari kerusi roda ke tali air

17 Dec 2025 • 1:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang warga emas OKU berusia 77 tahun ditemukan lemas di tali air Hutan Melintang selepas dipercayai terjatuh dari kerusi rodanya.

HUTAN MELINTANG: Seorang warga emas lelaki orang kurang upaya ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari kerusi rodanya ke dalam tali air.

Kejadian berlaku di Jalan Kampung Sungai Tiang Baru, dekat Selekoh, Hutan Melintang pada pagi tadi.

Mangsa berusia 77 tahun itu yang berkaki palsu ditemui terapung di bawah jambatan Sungai Tiang.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata kerusi roda mangsa ditemui di tepi tali air.

“Setibanya jentera di tempat kejadian pada jam 8.13 pagi, kerusi roda milik mangsa ditemukan berada di tepi tali air dan mangsa disyaki telah terjatuh ke dalamnya,” katanya.

Pasukan bomba tiba dan menjalankan penilaian awal sebelum memulakan pencarian.

Mangsa berjaya dikeluarkan dari air oleh anggota bomba kira-kira jam 8.40 pagi.

Pasukan perubatan KKM memeriksa mangsa dan mengesahkan kematian di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved