Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah

3 Feb 2023 • 5:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dalam kebakaran sekitar jam 9 malam itu, mangsa Mohd Yusof Idris, 65, ditemui rentung selepas kebakaran berjaya dipadamkan pasukan bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian - Gambar Polis Bentong

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas berusia 65 tahun menemui ajal selepas rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Pelantar, Karak, Bentong, Pahang, malam tadi.

Dalam kebakaran sekitar jam 9 malam itu, mangsa Mohd Yusof Idris, 65, ditemui rentung selepas kebakaran berjaya dipadamkan pasukan bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Karak yang terdiri daripada 15 anggota berjaya memadamkan api marak dalam tempoh 45 minit.

Menurutnya, susulan kebakaran tersebut, mangsa meninggal dunia akibat rentung di dalam rumah berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Doktor mengesahkan punca kematiannya akibat kebakaran iaitu ‘Aphyxia due to severe burn injury’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Zaiham berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil memberi maklumat.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved