
LAHAD DATU: Seorang warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 10 rumah setinggan di Kampung Puyut, di sini, pada Isnin.
Kebakaran awal pagi itu turut memusnahkan empat kenderaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Bin Rashid berkata, mayat lelaki berusia 66 tahun itu yang masih belum dikenal pasti ditemui dalam air di bawah rumah mangsa.
Sumsoa berkata, 20 anggota bomba dengan dua jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.34 pagi.
“Kami berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.41 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 8.50 pagi.
“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

