Warga emas rentung, tiga yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki terbakar

8 Feb 2024 • 4:41 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang warga emas rentung manakala tiga yang lain termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan lima tahun berjaya diselamatkan selepas kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bidor Lama, Tapah, Perak, awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia itu bagaimanapun tidak didedahkan identiti dan duduk di bahagian belakang dalam kereta jenis Proton Saga itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Perak memaklumkan, tiga mangsa yang selamat itu termasuk seorang wanita dewasa, telah mengalami kecederaan melecur.

“Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh ambulans sebelum Bomba tiba,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBM juga memberitahu, operasi memadam api selesai sepenuhnya pada 6.30 pagi.

“Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,’’ katanya. – 8 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved