Warga emas rugi hampir RM200,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

2 Feb 2024 • 10:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Seorang warga emas kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan “Navicap” pada 15 Nov lepas.

“Mangsa seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.

“Wanita itu menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan tersebut atas alasan akaunnya telah dibekukan. Susulan itu, dia membuat laporan polis pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved