Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

6 Jul 2024 • 6:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

IPOH – Seorang pesara kerani sekolah di Kuala Kangsar kerugian RM241,900 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertai menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 67 tahun itu pada 10.48 pagi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu berminat dengan tawaran menarik melalui skim pelaburan terbabit yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus daripada jumlah pelaburan.

"Mangsa melakukan 25 transaksi ke dalam 16 akaun yang berbeza bermula April hingga Jun lepas. Kerugian yang dialami merupakan wang simpanan milik mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Heisham berkata wanita terbabit hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima keuntungan yang dijanjikan sejak April lepas dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam melayari laman media sosial dan sentiasa cakna dengan trend terkini jenayah penipuan yang sentiasa berubah. – BERNAMA
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved