Warga emas rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

LocalBusiness & Finance
3 Dec 2025 • 11:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 3 DIS: Lelaki warga emas kerugian RM300,651 selepas terperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi media sosial pada awal Oktober lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata mangsa berusia 62 tahun dan tidak bekerja itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa terlihat satu iklan pelaburan saham di laman Facebook dan kemudian menghubungi nombor telefon yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Pengadu seterusnya berminat dan telah melakukan 14 kali transaksi berjumlah keseluruhan RM300,651 ke satu akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat. Menurut pengadu, wang itu adalah hasil simpanan dan juga pinjaman daripada syarikat pemberi pinjaman wang.

“Pengadu hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved