Warga emas rugi RM150,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
19 Jul 2026 • 9:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas rugi RM150,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa terperdaya dengan penipuan pelaburan yang menggunakan nama syarikat sukan terkenal. Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki warga emas kerugian RM150,000 selepas terperdaya dengan penipuan pelaburan yang menggunakan nama syarikat sukan terkenal dari hujung September tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pesara berusia 67 tahun itu menekan pautan berkaitan pelaburan yang ditawarkan melalui sebuah laman media sosial sebelum dimasukkan ke kumpulan Telegram.

"Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan itu kerana menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan dan membuat transaksi wang ke akaun bank peribadi diberikan suspek berjumlah RM130,000 dari September 2025 hingga Jun lepas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Nazri berkata, mangsa ingin mengeluarkan modal dan keuntungan pelaburan pada awal bulan ini, namun suspek mengarahkannya untuk membuat beberapa transaksi bayaran sehingga RM20,000.

Mangsa mula curiga apabila suspek masih meminta bayaran tambahan sedangkan dia belum menerima keuntungan yang dijanjikan. 

Lelaki itu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved